Utama Tentang Kami Produk Tips Kecantikan
Pakej Testimonial Lokasi Hubungi Kami
 
Selamat datang ke Beauty Palace, di mana setiap wanita akan dilayan seperti ratu. Pernahkah anda ingin kelihatan hebat dan cantik walaupun merasakan ia adalah sesuatu yang mustahil? Jika anda pernah terfikir bahawa cantik dan elegan hanya untuk mereka yang kaya dan ternama, inilah masanya untuk anda mengubah pandangan tersebut kerana di Beauty Palace, semua orang dan setiap tubuh berhak menjadi sihat dan cantik pada harga yang mampu dibayar!
 

Rasailah seperti berada di rumah sendiri di Beauty Palace

Tenang dan selesa ~ itulah aura damai yang akan menyelinap ke segenap sanubari sebaik sahaja melangkah ke salun kecantikan Beauty Palace sehinggakan anda tidak sabar untuk mendapatkan rawatan kecantikan anda yang pertama!

Alunan muzik yang lembut dan semarak limpahan lampu menyemarakkan suasana romantik, membangkitkan kedamaian yang abadi, sekali gus berupaya membantu wanita melapangkan minda dan membuang jauh-jauh segala kekusutan yang bersarang di jiwa selepas sehari suntuk di panggang kesibukan kerja.

1

Sementara menanti giliran untuk mendapatkan perkhidmatan, anda bolehlah bersantai menikmati minuman kopi atau teh yang disediakan sambil menatap majalah.

Justeru, bagi setiap pelanggan yang baru kali pertama mengunjungi Beauty Palace, rundingan bersama pakar kecantikan adalah keutamaan. Segala kemusykilan boleh dirungkaikan. Paling penting pelanggan diberi tips cara mengenali jenis kulit sendiri. Selepas masalah dikenal pasti, barulah rawatan ditangani sehingga ke akar umbi.

WAKTU BEROPERASI

Isnin : Tutup
Selasa ~ Sabtu : 10 pagi - 8 malam
Ahad : 10 pagi - 5 petang

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK TEMUJANJI!!